SEPARUH AKU

SEPARUH AKU

NOAH - SEPARUH AKU

Semenjak tahun 2000, kumpulan Peterpan telah menjadi sinonim kepada muzik yang terkemuka pada waktunya, dan juga peminat-peminatnya yang terus menunggu kehadiran mereka! Dengan beberapa lagu popular dan album yang telah meraih kejayaan, kedudukan Peterpan dalam dunia muzik tetap kuat dan tidak dapat diabaikan! Sekarang, mereka telah menghasilkan, bukan sahaja lagu terbaru yang berjodol ‘Separuh Aku’, tetapi identiti yang baru juga! Kini dikenali sebagai kumpulan Noah, tindakan ini merupakan satu nafas baru bagi Peterpan. Masih dianggotai Ariel, Luqman, Uki, Reza & David, kumpulan Noah pasti akan kembali lebih segar dan teguh! Kalau anda suka dengan Noah dan lagu mereka ‘Separuh Aku’, mintanya di ruangan-ruangan permintaan Ria 89.7FM!