ALASAN LAGI

ALASAN LAGI

LEFTTOOL FEAT. DIAN HAZWANI  - ALASAN LAGI

Lefttool kini kembali untuk menggempakkan dunia hiburan dengan lagu terbarunya, ‘Alasan Lagi’ menampilkan Dian Hazwani. Lefttool, atau nama sebenarnya Muhammad Raihan Shah, telah menggenggam kejayaan setelah lagunya yang berjudul ‘Hanya Kamu’ pada tahun 2011 disiarkan. Jejaka yang lebih dikenali dengan nyanyian ‘rap’ ini bangkit semula dengan lagu terbarunya bersama Dian Hazwani, seorang penyayi yang memulakan kerjayanya di Youtube. Lagu ini merupakan satu kolaborasi yang memberikan suntikan berbeza dan pasti akan membuat hati anda berdetik! Anda boleh minta lagu ini di ruangan-ruangan permintaan RIA89.7FM kalau anda suka pada lagu ini!