ASMARA

ASMARA

Setia Band – Asmara

Ria Trax Terbaru pada minggu ini menampilkan lagu berjudul ‘Asmara’ daripada kumpulan Setia Band! Setelah keluar dari kumpulan ST12, Charly dan Pepeng kemudian kembali membentuk kumpulan Setia Band. Kini dianggotai Charly Van Houttens pada vokal, Dedy Sudrajat pada gitar dan seorang gadis jelita bernama Alsa pada drum, kumpulan ini terkenal dengan lagu hit single mereka ‘Jangan Ngarep’. Lagu terbaru mereka ‘Asmara’ pasti akan membuat anda tersentuh dengan liriknya yang menceritakan tentang kepahitan cinta… Kalau lagu ini berjaya membawa anda dalam lamunan cinta, minta lagu ini di ruangan-ruangan permintaan RIA89.7FM!