BANGKIT

BANGKIT

Salam ft Altimet & DJ FUZZ – Bangkit

Satu lagu yang mengemukakan sebuah gabungan latar belakang muzik yang unik! Ria Trax Terbaru minggu ini menampilkan lagu ‘Bangkit’ daripada Salam ft Altimet dan DJ FUZZ! Lagu ini pasti akan menarik perhatian anda dengan elemen genre ‘rap’ dan melodinya yang senang didengari dan dinyanyikan! Di sebalik lagu rancak ini tersirat satu mesej yang sangat bermakna – anda harus berani untuk bangun semula walaupun dihempap masalah. Kalau anda minat pada lagu ini, jangan tunggu-tunggu lagi, minta saja lagu ini di ruangan-ruangan permintaan RIA89.7FM sekarang juga!