MARI

MARI

NURUL FEAT KOMRAD - MARI

“Mari menari.. mari mari menari…” Ria Trax Terbaru pada minggu ini menampilkan single pertama ‘Mari’ dari Nurul feat. KOMRAD! Nurul ataupun dengan nama sebenarnya Nurulhuda Abdul Wahab telah berjaya melancarkan 5 album solo dan memenangi beberapa anugerah seperti Best New Artist AIM 1996, dan Song of The Year AIM 2004 dengan lagunya Selagi Ada Cinta yang pernah menggegarkan dunia hiburan muzik! Penampilan KOMRAD pula kali ini memberikan suntikan berbeza pada lagu ‘Mari’ yang senang didengari dan akan membuat anda berdansa! Kalau anda suka pada lagu ini, anda boleh minta lagu ini di ruangan-ruangan permintaan RIA 89.7 FM sekarang juga!