MEMANDANG AWAN

MEMANDANG AWAN

SHARIFAH ZARINA - MEMANDANG AWAN

Setelah hampir lima tahun  menyepi, Ria Trax Terbaru minggu ini menampilkan Sharifah Zarina yang muncul semula ke industri hiburan dengan lagu terbarunya berjudul ‘Memandang Awan’. Penyanyi beraliran ‘pop’ ini juga merupakan seorang usahawan restoran yang terkenal dengan single bertajuk ‘Langit Ketujuh’ yang telah dilancarkan pada tahun 2005. Lagu single terbaru Sharifah Zarina ‘Memandang Awan’ yang berentak balada  bersama lirik yang diberikan suntikan berlainan ini, memang tidak mengecewakan! Kalau anda suka pada lagu ini, anda boleh memintanya di ruangan-ruangan permintaan RIA 89.7 FM!