FOBIA CINTA

FOBIA CINTA

Amanda Imani – Fobia Cinta feat. Dennis Lau

Video klipnya sangat ‘classy’ dan vintage, Ria Trax Terbaru minggu ini menampilkan Amanda Imani dengan lagu terbarunya yang dicipta sendiri berjudul ‘Fobia Cinta’ menampilkan  Dennis Lau! Ini merupakan projek pertama di mana Amanda Imani melibatkan dirinya dalam semua segi, daripada penerbitan, pengarahan, penulisan dan juga kosnya! Sebuah lagu yang sangat memukau dengan gaya dan kebolehan vokal Amanda yang tidak terhad. Kalau anda suka pada lagu ini, anda boleh meminta lagu ini di ruangan-ruangan permintaan RIA 89.7 FM!