BE MINE

BE MINE

Tasha Manshahar & Syed Shahim – Be Mine

RIA Trax Terbaru minggu ini menampilkan Tasha Manshahar, gadis terbaru yang ‘meletup’ di laman Youtube dengan lagunya berjudul ‘Be Mine’ dengan Syed Shahim. Tasha, Syed dan anggota Clora Studio telah berjaya  melancarkan rekod yang mendapat jumlah tontonan lebih dari 40,000 penonton dalam 4 hari di Youtube! Nikmati gabungan kelunakan dan kelembutan suara Tasha bersama suara kejantanan Syed dalam lagu mengisahkan cinta, ‘Be Mine’ ini yang juga mempunyai nada rancak dan gembira! Kalau anda suka pada lagu ini, cepat pinta lagu ini di ruangan-ruangan permintaan RIA 89.7 FM!