
TEMAN PENGGANTI
Black & Malique – Teman Pengganti
Liriknya begitu puitis dan mendalam sehingga tercetus khabar angin bahawa Malique… sudah meninggal dunia? Turut ditampilkan dalam RIA Trax Terbaru minggu ini sebuah lagu daripada Black & Malique berjudul ‘Teman Pengganti’. Kalau diteliti, lagu ini mengisahkan tentang seseorang yang menghadapi penyakit namun redha dengan keadaannya lalu meninggalkan pesanan untuk sang kekasih. Gabungan lirik dan melodi yang agak sayu pasti akan membuat hati anda terdetik… Kalau anda suka pada lagu ini, anda boleh minta lagu ini di ruangan-ruangan permintaan RIA 89.7 FM!











