TERIMA KASIH

TERIMA KASIH

I AM NEETA – TERIMA KASIH

Setelah berjaya memikat hati ramai dengan single pertama mereka ‘Tuhan Tolong Aku’, RIA Trax Terbaru minggu ini menampilkan single kedua dan yang terbaru I Am Neeta berjudul ‘Terima Kasih’. Lagu dan lirik ditulis oleh gitaris kumpulan, Patrick. Lagu ini mempunyai melodi yang sangat ‘catchy’ dan senang didengari! Malahan, lagu ini juga menampakkan kematangan vokal Neeta dan juga mencerminkan perjalanan seni kumpulan I Am Neeta. Kalau anda suka pada lagu ini, anda boleh minta lagu ini di ruangan-ruangan permintaan RIA 89.7 FM!