BAWAKU PERGI

BAWAKU PERGI

ZIZAN & KAKA – BAWAKU PERGI

Turut ditampilkan dalam RIA Trax Terbaru minggu ini adalah lagu terbaru Zizan dan Kaka berjudul ‘Bawaku Pergi’. Lagu ini ditimpa kontroversi apabila ia diberhentikan penyiarannya oleh pihak tertentu kerana dikaitkan dengan unsur-unsur negatif yang menggalakkan kes lari rumah di kalangan remaja. Walau bagaimanapun, lirik yang ditulis oleh Malique ini hanya mengisahkan kehendaknya untuk membawa isterinya bercuti kerana sibuk kerja dan tidak dapat bersama isteri. Sebuah lagu yang sangat ceria dan senang didengari, pinta lagu ini di ruangan-ruangan permintaan RIA 89.7 FM kalau anda suka pada lagu ini!