LAGU

LAGU

BEDROOM SANCTUARY (BO AMIR IQRAM) – LAGU

Siapa tidak akan cair mendengar suara ‘groovy’ dan gelagat bersahaja Bo Amir Iqram? Turut ditampilkan dalam Ria Trax Terbaru minggu ini ialah Bedroom Sanctuary (Bo Amir Iqram) dengan lagu terbarunya berjudul ‘Lagu’. Lebih dikenali dengan gelaran ‘Bo’, pemuda berbakat ini bukan sahaja seorang penyanyi-penulis lagu, namun juga seorang pemuzik, DJ, hos dan pemain papan gelungsur! Beliau banyak menerima inspirasi daripada gaya kehidupan di sekelilingnya. ‘Lagu’ sangat senang didengari dan pasti akan mengukir senyuman di bibir anda! Kalau lagu ini berjaya menyentuh hati anda, anda boleh minta lagu ini di ruangan-ruangan permintaan RIA 89.7 FM!