GELEK SAMPAI ROBOH

GELEK SAMPAI ROBOH

Comic Strip feat. The Lion Story – Gelek Sampai Roboh

Gelek Gelek Gelek! RIA Trax Terbaru minggu ini menampilkan kumpulan tempatan Comic Strip feat. The Lion Story dengan lagu terbaru mereka berjudul ‘Gelek Sampai Roboh’. Kumpulan yang ditubuhkan pada Ogos 2004 ini cukup besar dengan beranggotakan 10 pemuda dan pemudi berbakat! Muzik beraliran ska, reggae dan latin yang dimainkan oleh kumpulan ini pasti akan membuat anda tergerak untuk berdansa! ‘Gelek Sampai Roboh’ mempunyai rentak yang sangat rancak dan menggembirakan! Sebuah lagu yang senang didengari ini pasti akan meriangkan hari anda! Anda boleh pinta lagu ini di ruangan-ruangan permintaan RIA 89.7 FM kalau anda suka pada lagu ini!