SAYANG

SAYANG

Shae G – Sayang

RIA Trax Terbaru minggu ini menampilkan lagu yang tersenarai antara 10 lagu yang mencapai jumlah muat turun tertinggi di iTunes, ‘Sayang’ oleh Shae G! Sheryl  Gething atau lebih dikenali sebagai Shae G baru sahaja menlancarkan album perdananya berjudul ‘The First’. Video klip rasmi lagu ‘Sayang’ berhasil mendapatkan lebih daripada sejuta tontonan di laman Youtube! Lagu ‘Sayang’ mempunyai irama menggembirakan yang terserlah melalui liriknya juga yang mengisahkan tentang cinta. Anda pasti akan terpesona dengan nyanyian gadis jelita ini yang lunak sekali! Anda boleh meminta lagu ini di ruangan-ruangan permintaan RIA 89.7 FM kalau anda suka pada lagu ini!