RILEK BRADER

RILEK BRADER

Art Fazil feat. Imuda – Rilek Brader

Rilek Brader, Brader Rilek… Mari rilek sambil nikmati lagu terbaru Art Fazil feat Imuda yang berjudul ‘Rilek Brader’ dalam RIA Trax Terbaru minggu ini! Art Fazil juga merupakan seorang ahli daripada kumpulan tempatan, Rausyanfikir dan banyak mendapatkan inspirasi dan pengaruh daripada artis-artis seperti Bob Marley, Sting dan ramai lagi! Jejaka segak dan berambut panjang hingga bahu ini sudah bukan asing lagi dalam industri hiburan dan muzik tempatan dan serantau! Lagunya ‘Rilek Brader’ sangat santai dan ‘groovy’ dengan liriknya yang senang difahami dan dinyanyikan! Kalau anda suka pada lagu ini, anda boleh pintanya di ruangan-ruangan permintaan RIA 89.7 FM!