NAFASKU

NAFASKU

Jamiel Said – Nafasku

RIA Trax Terbaru minggu ini menampilkan penyanyi tanah air Singapura, Jamiel Said dengan lagu terbarunya berjudul ‘Nafasku’! Namanya bukan asing lagi dalam dunia hiburan  tempatan dan serantau! Hati anda pasti cair mendengar suara pemuda berbakat ini yang cukup mantap! Selain daripada menyanyi, Jamiel Said cukup aktif dalam melakukan aktiviti-aktiviti sosial seperti kerja-kerja amal. Seperti tajuknya, lagu ‘Nafasku’ memang membawa suntikan nafas yang baru – liriknya amat mendalam dan senang didengari! Kalau lagu ini berjaya menyentuh hati anda, anda boleh pinta lagu ini di ruangan-ruangan permintaan RIA 89.7 FM!