SEMALAM TANPAMU

SEMALAM TANPAMU

KRU & Stacy – Semalam Tanpamu

Kalau hari anda terasa suram, putarkan saja single terbaru gabungan suara Stacy dan kumpulan KRU berjudul ‘Semalam Tanpamu’ hanya di RIA Trax Terbaru minggu ini! Dipetik daripada album terbaru yang ke-14 KRU bertajuk KRUNOMENA, album ini memang melambangkan penglibatan kumpulan KRU dalam dunia hiburan selama 21 tahun! Terpilih sebagai lagu single, ‘Semalam Tanpamu’ berentak rancak dengan lirik ringkas tapi menarik dan senang dinyanyikan - anda pasti tidak akan jemu mendengar lagu ini! Lagu ini juga mencerminkan kematangan dan keserasian kumpulan KRU bersama Stacy! Kalau anda sudah terpaut dengan lagu ini, anda boleh minta lagu ini di ruangan-ruangan permintaan RIA 89.7 FM sekarang juga!