KALAU AKU KAYA

KALAU AKU KAYA

Awi Rafael & Altimet - Kalau Aku Kaya

Ahmad Abdul Rahman, atau lebih dikenali ramai sebagai ‘Altimet’, telah bekerjasama dengan Awi Rafael untuk menghasilkan hit terbaru mereka, ‘Kalau Aku Kaya’. Pada Januari 2009, Altimet dinobatkan ‘Best Hiphop Solo Act’ di ‘Voize Independent Music Awards (VIMA)’. Lagu ini menerokai imaginasi dan impian seorang lelaki untuk satu hari menjadi kaya. Lagunya juga penuh dengan coretan-coretan yang lucu dan menggelitikkan hati. Nilaikan sendiri & jika anda gemarkannya, anda boleh memintanya di ruangan-ruangan permintaan lagu seperti ‘Triple Play’ & ‘The ‘O’ Show 2.0’.