Mariam Mas’Od

Mariam Mas’Od

Hari Lahir: 3 Julai

Mariam menyertai radio pada tahun 1990. Beliau merupakan antara DJ perintis Ria 89.7FM. Beliau juga muka di sebalik ”Malay News Hour” pada tahun 90-an.

Beliau telah membuktikan kehebatan beliau sebagai seorang DJ. Beliau diundi pemenang Warna’s Friendliest Personality pada 2004. Pada 2005 dan sekali lagi pada 2007, beliau memenagi gelaran “Personality Radio Melayu Paling Popular – Pilihan Media”.

Sifat-sifat Mariam yang disukai dan disenangi para pendengar, ialah kesabaran, kelucuan dan ketulusan beliau.

Falsafah beliau – Kerja keras, harus jujur dan ikhlas dan terutama sekali merendah diri.