Morniyati Tukimin

Morniyati Tukimin

Berasaskan maklum balas bahawa beliau mempunyai ”Suara Radio”, Morni merealisasikan impian beliau dengan memulakan kerjaya sebagai Penerbit-Penyiar Radio di Ria 89.7FM pada Oktober 1990. Selama sembilan tahun suaranya di udara, beliau berjaya memikat hati penonton dengan kemesraan dan suara beliau yang berkarisma.

Beliau kemudian melanjutkan perjalanan radio beliau di Warna 94.2FM pada Oktober 1999. Beliau telah menerbitkan acara-acara stesen seperti Malam Warna, Kongres Keibubapaan dan Perjalanan Ibu. Morni juga telah banyak menghasilan program-program yang diterima baik oleh para pendengar dan para penaja.

Seorang DJ yang dinamik, beliau mengembangkan sayap beliau memainkan peranan-peranan penting seperti Direktor Muzik dan Eksekutif Promosi. Komitmen dan prestasi baik beliau dalam acara-acara seperti Anugerah Planet Muzik dan Seminar PSLE telah diiktiraf melalui Anugerah Bravo Team.

Kini, Morni memegang jawatan sebagai Penolong Pengarah Rancangan Warna 94.2FM.